Thursday, July 16, 2009

M.u.s.c.l.e

Semenjak aku mengikuti training H.F.E (H.u.m.a.n F.a.c.t.o.r E.n.g.i.n.e.e.r.i.n.g) di opis, tiba-tiba datang keinginan nak ke gym. Workout!!!!—kawan2 alam reality aku mesti pengsan dengar “keinginan” pelik ku ini.

Company aku bayar separuh daripada yuran bulanan gym. (Actually pekerja2 company aku sgt “healthfreak” dan kaki gym) Aku?Hanya selepas 3 tahun keje baru berminat nak join.Itu pun selepas training H.F.E..

Kenapa ye tetiba?

Sebab aku teruja ngan statement ini

"Active muscles convert glucose and oxygen to carbon dioxide and water, liberating energy in the process"
Aku yang kuno ini baru mengetahui hakikat ini.

Since aku suka mkn,ini sajelah alternatifnya. Sekarang aku mmg kurus sebab aku breastfeed, apa akan jadi yea jika aku stop bfd? Belum ada pengalaman sebab aku terus preggy dan buat tanderm nursing. Usia makin meningkat,metabolism menjadi makin lemah!!

Sejak ikuti training ini jua, aku menjadi lebih alert melihat2 keadaan dan pinggan orang lain di waktu rehat dan setiap masa.Aku nak kaji bagaimana eating habit mempengaruhi bentuk badan seseorang.

Yea, orang yang berbadan besar (obes) rata-rata ini menu mknnya:

Pagi – nasi lemak + ayam goreng+paru+ telur
Pukul 10- Roti bakar dengan Peanut butter setinggi satu inci
Tgh Hari – Nasi Goreng + Telur mata+ daging / Fries tinggi membukit
Pukul 3 – Roti bakar dengan peanut butter setinggi seinci
Pukul 530 –Cream craker berkeping cecah milo.

Sungguh cool! Diorang makan tanpa rasa bersalah.

Orang kurus.Berat ideal
Pagi – Roti dan jem/planta 2 keping saja – air tea jepun
Tgh hari – Nasi putih dan lauk pauk seimbang
Pukul 4 –Roti bakar sekeping

Bezakan…

Berbalik soal gym
Patutkah aku ke gym? Cukup ke masa aku?

Maka aku rasa, better aku jalan kaki saja. Walking is the best exercise..Anak-anakku lebih memerlukan aku..

Walaupun berat aku dah pun bermula dengan angka 4Xkg, dan dengan tanderm nursing ini berat badan turun mcm air sejuk mengalir, tapi aku nak “Muscle” dan aku nak sihat.

*Patutla peha aku besar,sebab aku pemalas jalan rupanya..dan tiada muscle disitu, maka lemak je bertempek, dan tu cepat penat pulak tu if jalan, lemahnye muscle2 aku bahagian kaki ni.Wake up muscle..wake up!!!!!!

Tuesday, July 7, 2009

Free Talk - Understanding Your Child's Early Development

As per below...Jom..!
Free je..:)



Monday, July 6, 2009

Makan

Aku ada masalah dengan pam aventku!!!Semoga suamiku sempat ke kinderjick..sebelum kedai itu tutup.

Tapi bukan itu yang aku nak tulis.

Aku nak tulis tentang kesihatan.

Bilakah kali terakhir aku buat medical check up?----Tak ingat
Blood test?---masa preggy..tapi itu bukan check tahap kolestrol,hanya check gula!

Kolestrol?

Walaupun aku ni bukan lah gemuk sgt, infact mmg tak gemuk pun, tapi aku rasa tahap kolestrol aku mmg tinggi.Kawan aku yang kurus kering pun disahkan ada kolestrol tinggi. Ini membuatkan aku lagi mengigil. Arwah ayahku meninggal dunia di usia 45 tahun disebabkan serangan jantung secara mengejut. (Dah ada history sakit jantung aku ni..). Arwah datuk sebelah mama aku meninggal sebab darah tinggi dan kencing manis)

Mama aku yang amat kurus itu ada high uric acid…

Nampak sangat pola pemakanan keluarga aku mmg tak sihat!! Tapi kami semua mmg tak gemuk…tak lansung.

Aku suka mkn,sgt2 suka dan semua pun aku mkn…
Aku ada instinct yang kuat, tahap kolestrol aku tinggi, tapi aku tak berani nak jumpa doctor nak buat blood test, tak sanggup terima hakikat.

Maka tujuan aku menulis di blog ini, untuk berjanji bahawasanya, aku nak mkn mkn sihat saja selama sebulan sebelum aku pegi jumpa doctor untuk buat blood test.

Maka mulai esok aku nak join kawan aku tu, mkn oat saja selama sebulan sampai aku bebetul yakin or agak2 yang kolestrol aku sudah berada di paras normal.

Di rumah, aku sudah mula brain wash mama aku,so hari ini aku amat syahdu bila mama sanggup menggantikan santan kepada susu dalam masakannya. Dan segala makanan yang Danish mkn, semuanya hendaklah di masak dengan olive oil (anak aku kuat mkn skang ni..ayahdanish mmg ada high kolestrol).Makanan anak, aku sgt2 concern, tapi aku,..huhuh ( tetiba rasa diri ini mcm tong sampah,semua pun bedal mkn..huhuhuh)

Aku mula menjadi pelik begini sejak aku acapkali di brainwash oleh my chinese fren y ang bebetul health concius. Suka aku tgk mak bapak depa dah tua2 pun takder penyakit2 kronik.

(Selalunya,bila aku tulis di blog ini,aku bebetul akan laksanakannya,konon-konon dah berjanji kat semua orang la kan…hahaha)

Selepas ini, harap2 aku akan teruskan pola pemakanan yang sihat..aku harap aku leh tahan godaan kari..fast food..dan lain2 makanan bergoreng…arrrgghh!!!

Wish me luck ye kawan-kawan..

Tuesday, June 30, 2009

Malas

Sekarang ni..aku malas sungguh nak mengupdate blog..

Sungguh tidak bermood, dan terlalu banyak rasanya nak di tulis, sampai tak tertulis.

Tapi kawan2..aku masih lagi (setiap masa) membaca coretat2 anda semua di blog masing-masing.

Anda semua tetap di hati..cuma ye la,sometime nak sign in nama sediri letak komen pun..hmm mcm tak terbuat.

Tapi hati ini sentiasa ingat pada anda..walaupun kita semua hanya kenal di alam maya sahaja.

Saya mmg bukan kawan yang baik seperti selalu berhubungan semua, tapi hati saya sentiasa ingat akan anda..Dan nama anda semua pun selalu saya sebut2 seolah2 mcm hari2 jumpa..

Monday, June 22, 2009

Menghitung hari

Di awal kelahiran Arissa, di waktu aku dalam pantang dan masih lagi kurang kuat untuk uruskan anak-anak, aku tak henti-henti berfikir.."Ya Allah, mampukah aku nak handle anak 2 orang ni..mampukah?"

Fikir-fikir balik,orang lain anak berleret pun cool saja. So ianya tak mustahil.Aku cuba yakinkan diri.Tapi masih tak yakin-yakin.

Ini kerana, aku nak anak-anak aku mendapat segalanya seperti aku tidak bekerja, semua aku nak buat, itu ini..aku menyambung fully bfd danish semula..bukankah itu membuatkan aku lagi penat???tapi itulah aku..

Pada awalnya,aku rasa penatnya duduk di rumah ini,atleast jika aku keje, ada jugak time off,boleh relax..tapi kat rumah...adik tidur,abg bising..adik jaga..abang tidur..adik ook ekk okk ekk ,abg jaga..mmg takder masa rehat lansung.Kekritikallannya ialah bila mama balik kampung seminggu,masa tu aku baru je lepas pantang..

Takut memang takut,ye la..bolehkah aku?Mestilah boleh,ini anak-anak aku, aku pasti boleh jaga sendiri...hendak seribu daya.Orang lain boleh..napa aku tak boleh?

Hari pertama, agak kelam kabut, mana nak masak...mandikan 2 2 orang..makan..layan Danish berlajar sambil adik nak bfd...mmg mencabar..nak mandi pun susah!bahaya,risau!Abg Danish suka buat experiment kat adik dia,ukur saiz mata..kepala..macam2 lagi...pusing kaki adiknya..suruh adiknya clap..adooi..mmg tak leh tinggal.

AKan tetapi sehari demi sehari aku mula dapat bahagikan masa,dapat uruskan anak-anak dengan lebih teratur dan Alhamdulillah DAnish jua makin bertambah disiplin dan byk berdikari.Dia juga uruskan kutip baju2 kotor,letak dalam bakul..susun kasut2..susun sudu garfu..aku hampir menangis tengok dia bertambah matang...Bila nak minum air dia pegi ke dapur cuba buat sendiri,ambil botol airnya..kesian sgt sebab dia nampak aku bz uruskan adiknya..Sekali lagi aku terharu..!Thanx sayang.Kebanyakkan menda semua dia nak buat sendiri.

Sekarang aku dah mula suka dan selesa dengan rutin suri rumah aku ni (even bila mama dah balik,aku suruh dia berehat saja sebab aku dah suka uruskan anak-anak, masak dan kemas rumah).Aku suka sediakan breakfast untuk DAnish,mandikan anak-anak,urus keperluan mereka..Petang-petang bwk DAnish pegi swimming..happynya!kemudian sambut suami pulang dari keje...

Aku juga dah boleh tidurkan kedua-dua beradik ini serentak. Adik sebelah kanan,abg sebelah kiri.Abg Danish byk beralah,jika dia nampak adiknya lebih perlukan aku,dia senyap je kat tepi,tak ganggu aku.Saat paling sayu dan gembira bila melihat kedua-duanya nyenyak tidur.Seronok sangat...baik je nampak kedua-duanya.

Sekarang yang menyedihkan ialah,bila aku dah selesa dengan rutin hidup ku begini,melayan anak-anak dan urus rumah tangga, cuti aku jua sudah hampir habis.Minggu depan aku akan kembali bekerja.

Ya Allah, sedihnya....Aku pasti merindui kehidupan mcm ni yang entah bila akan muncul lagi,mungkin waktu kelahiran anak ke 3 pulak..insyaAllah!

(Abg Danish makin bertambah sensitif,mudah merajuk dan terasa hati...dan selera makannya juga bertambah dengan mendadak...semua pun dia nak mkn..skang ni mmg kena control..)

Friday, May 29, 2009

Pelbagai hal

Macam-macam rasanya nak tulis.

Danish..
Sudah dapat magnetic board baru, setelah pandai menulis ( abc,alif bata, nombor,arabic nombor dan nombor bahasa mandarin) barulah ayahnya membeli magnetic board baru.Yang lebih besar.Ala..doodle pro saja.So skang rajin lah dia menulis, mengira, melukis (bendera dan planet) dengan magnetic board barunya itu.Mommynya penat naklayan adik arissa tapi tetap kena spend masa bersama Danish,kalau tak dia merajuk.
Alhamdulillah, aku sambung bfd Danish semua..boleh dikatakan fully bfd semula..cuma bukan direct.Pam..letak dalam botol, tapi aku puas dapat sambung bfd Danish semua.Alhamdulillah.


Kalau tak setin susu isomil hanya tahan 5-6 hari, skang dah beberapa minggu susu isomilnya tak habis2 lagi.

Danish seroang abg yang sangat penyayang, cuma aku yang penat gila layan sikap penyayangnya pada adiknya...sikit2 nak cium2..dialah tukang report jika adiknya nangis dan apa2 saja...hahah

Arissa..
Sudah pun BoTAk..uhuhuhu..tokdanish berkeras nak botakkan jua kepalanya, aku nak potong sikit2 saja.Menurut tokdanish, kanak2 lelaki nabi botakkan 44 kali sebelum sampai umur 2 tahun--ciri2 orang alim...huhuh so gegirl..botakkan sekali saja..sedih tgk arissa botak!

Perihal akikah arissa, hmm aku sebenarnya tak pernah terpikir pun nak buat mcm ala2 majlis cukur jambul anak E.r.r.a tu..hahaha!!Masa danish dulu, toknya masak daging akikah.hantar ke masjid saja.Aku plan nak buat menda yang sama for arissa jua, tapi hubby ku ckp..tahun ni biarlah giliran tok tganu pulak sempurnakan akikah arissa.
Tapi stilll..takkan ader la buaian2 bagai semua tu...Tapi syok tgk majlis anak E.r.r.a, bertuahlah lah awak A.l.e.e.sya..heheh

E.r.r.a
Alhamdulillah, happy sangat aku dengar dia ni bfd, tapi suaminya ckp suaminya ada membantu bancuh susu maka statement ditukar, bfd+susu FM..tak kisahlah janji dia bfd..respect sama dia.

Akan tetapi dia ckp kat paper la,aku baca...dia tak leh diet lansung masa pantang sebab dia nyusu badan dan ada 13 kg lagi untuk dia turun ( pada hari ke 54). Maka dia tak leh diet2..dan hmmm kena mkn cos dia bfd...Statement dia akan buat orang takut pulak nak bfd...takut gemuk...huhuh

Harus rasanya kita invite dia join gang susu ibu, di mana nanti dia sure akan tau, bahawasanya tak perlu mkn byk untuk memperoduce susu, extra segelas susu sudah pun memadai...rasanya lah!!Dan menyusulah rasanya cara yang paling berkesan nak turun berat badan.Paling efective, cepat dan selamat.

Tapi dia takpa la..S.l.i.m.w.o.r.l.d sudah pun menaja..dan dia telah pun memulakan treatment nya di sana..Bestnya!!!!!

Kalau aku, ada 13kg lagi..padan muka aku la...takder sapa pun nak sponsor..pandai2 sendiri la ko kurus..huuhuhhuhhuhuh..

Since takder sapa2 nak menaja maka kenalah amik inisiatif sendiri..cari ilmu dan sebagainya..ok jugakkan!!!


Aku:
Aku masih lagi berpantang..
Mahu saja aku ikut pantang style orang cina dimana pantang hanya 30 hari..tapi bak kata kawan aku..aku orang cina ke?????huhuhhuhu...
Aku masih ada berbaki 11 hari lagi untuk berpantang..
Aku mmg meluat dan menyampah sungguh pantang ni..Tak sabar rasanya nak habiskan berbaki 11 hari lagi tu..
Tokdanish pulak seorang yang strict pantang2 ni..
Tapi byk perbuatan yang agak "keji" yang aku buat dalam waktu pantang ni..hehehe jahat aku..
Aku rasa cuaca skang ni panas gila..mau saja aku buka aircond suhu 10degree..tapi since tokdanish ckp..pantang takleh bukak/tdo dlma ircond..terpaksa la aku bukak kipas..kipas speed 4..hhaahhaha...byklah lagi menda2 keji..nanti aku citerkan sesudah habis pantang nanti..hahahah!!!

Saturday, May 23, 2009

Arissa Dania...Namanya

Nama penuh Danish ialah Muhammad (insan yang terpuji) Airiel ( ada pendapat mengatakan ianya bermaksud kaya) Danish (bijak dan berpengetahuan)
Maka maksud keseluruhannya Insan Terpuji dan kaya dan bijak perngetahuan...Alhamdulillah mommy doakan danish menjadi seperti itu.
Nama danish sudah tersedia sebelum dia lahir kedunia..Kalau ikutkan aku, aku nak nama Daniel..Tapi ayahdanish tak stuju atas sebab-sebab tertentu, maka nama Danish pun kami pilih.

Akan tetapi berbeza dengan adikdanish, hanya satu nama yang kami panggil sejak dia di dalam kandungan iaitu Arissa..Maka setelah dia lahir, nama arissa tetap tapi nama pangkal D belum dijumpai. Haha..kesian.

Sejak dulu kala, aku sangat menyukai nama Daniadaniella..sebelum sape itu artis muncul aku sudah gemar nama itu, byk nickname mana pun aku suka guna daniadaniella...hahaha..aku bercadang jika dapat anak perempuan aku nak namakan Daniadaniella, haha tapi sudah tentu dibankang sepenuhnya oleh suami dan semua kawan rapat. Diorang kata " Hang ingat ini sepanyol ka? Nak daniella daniella.." Hahaa..betul jugak..entah apa la maksud daniella tu ek..kahkahkah!

Aku sukakan dania, tapi maksudnya hampir dan dekat buat aku rasa mcm tak best pulak...sebab kalau letak Dania Bijak..jadi Hampir Bijak pulak..Maka permulaannya kami nak letak nama Damia (bijak) ataupun Dafea (DAfiyah) (periwayat hadis)..aku suka dafea..ayahdanish suka Damia..aku tak suka Damia..ayahdanish tak suka Dafea, tapi kami berdua sukakan Dania.

Maka dirujuk kepada orang yang berpengetahuan dalam agama..rupanya..maksud Dania itu dekat, bemakna...selalunya menurut orang itu "dekat dengan kedua ibubapanya". Lega juga dengar penjelasan orang itu.

Dan teori ayahdanish pula..takpe letak dania di belakang..kalau di depan itu yang membawa maksud dekat kepada nama yang satu lagi.

Maka..adikdanish pun diregisterkan sebagai Arissa (Kekuatan dan Keazaman) Dania (Dekat, ada jua yang kata cantik). Memang lewat sungguh register nama adik danish ni..Kena la juga byr denda..hahahah!!